Monday, May 23, 2011
Tuesday, April 12, 2011
kplspm , bruno mars , gsc online dll -.-
assalamualaikum
hai gediks sekalian (termasuk aku)
lama dahh tak jengah belog,aku rasa life aku tak berapa best lately.maka tiada apa yang perlu digembar gemburkan.cukuplah yang korang tahu,aku sayang Bruno Mars -.-"
dah lama aku tak movie. tak check GSC online. apa je cerita yang best sekarang eh?aku dah macam orang utan yang baru dapat rumah sewa kat town dah sekarang ni. semua benda aku taktahu
*nanges*
T_________________________T
btw daripada 4 april lagi aku gigih check KPLSPM punya interview punya result (aku melayu campur Aussie sikit maka bm aku tunggang langgang)
PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG *lempang diri sendiri*
haa aku gigih je kan bukan main page dia,sekali asyik postpone je.kadangkadang hanginn lak akuu,tapi aku kan manusia yang penyabar,lagi comel,lagi sopan,lagi ayu,lagiii...... lempang nak? kahkah
boleh bagitau aku tak bila je boleh check mende alah tuu sebenarnya? -.-"
Posted by hanny nadia at 10:40 AM 0 kena tembak Links to this post
Sunday, March 6, 2011
(tutorial) jom join heartbeat!
assalamualaikum :)
okay just a quick update.so kita terus je cerita pasal heartbeat ni okay.okay ianya bukanlah detakan jantung atau apa ye -.-" bende ni macam nuffnang juga,dapat earning per click. okay earning is moneyy.MONEYY.bila perkataan money sudah muncul maka kita tak perlu berlengah lagi. mari sign up sebagai member!
first step adalah dengan meng-click banner di bawah (wajib)
okay lepastu korang boleh click dekat heartbeat.my yang ada love love tuu kan(sebelah kiri) dan tekan 'creat account' (click gambar untuk tumbesaran sempurna)
then,korang kena isi form segala. haruslah menjawab dengan muka innocent agar pihak heartbeat memberi earning lebih okay ini tipu. yang sebenarnya harus jawab dengan betol ye. sila ambil mood menjawab addmaths ketika spm.tick dekat 'i agree' dan click 'continue' selepas memerah otak mengisi form tersebut.
then tekan join HB
next,scroll ke bawah sampai jumpa perkataan complete the online application dan click pada 'online application'.
sekali lagi ada form.sila isi,kali ini form dia pendek sahaja maka sila ambil mood menjawab bahasa melayu time spm sudah cukup.
seperti biasa,tekan 'i agree' dan 'continue'
okay jangan gembira sangat,kena tekan 'get a code' untuk dapatkan code.boleh pilih nak bentuk macam mana untuk diletakkan dalam belog korang yang comel tu
dan code tersebut boleh paste kat setiap entry dengan formatting segala benda. boleh letak kat side bar,dan kat mana mana yang korang suka.jangan risau,status gliterrati nuffnang korang tak kan tergugatnya dengan HB ni!
maka bergembiralah melihat earning bertambah mulai hari ni!
Posted by hanny nadia at 4:21 PM 2 kena tembak Links to this post
Tuesday, March 1, 2011
kembar siang review
assalamualaikum :)
hai girls and gays sekalian.
petang tadi baik punya last minute plan dengan kawan aku kitorang ingat nak main bowling (patutnya aku tak boleh main lagi sebab jahitan baru je nak kering) tapi poyo gila dak nadia ni siap bawak setokin dari rumah segala.
sekali pergi tempat bowling tuuuuu...(jeng jeng jeng) kasi saspen sikit.haha
ada tournament pulak kat situ,semua lane bebudak sekolah kat melaka ni conquer. rasa macam nak campak je setokin yang aku bawak kat urusetia di situ tapi apakan daya aku kan sopan lagi bertamadun :') (bwekk)
maka kitorang dengan gigih pergi usha ticket wayang. oh kembar siang je yang paling right on time la kan. so far cerita dia macam komedi kan so memang lawak aa.cerita dia simple,sangat tidak heavy.boleh je bawak adik adik korang tengok sekali.
tajuk pun Kembar Siang kan,maka sememangnya kisah dia pasal kembar -.-" intan ladyana comel,kamal adli macam gemuk sikit dan sathiya sangatttt babyface haha ending dia macam eh eh bestnyaa kembar kahwin dengan kembar. kalau tak ada genetic kembar maka harus diam dan berimaginasi didalam otak sahaja seperti saya.
kalau korang suruh aku rate filem ni, aku bagi 5/10 je laa. sebab takdela best sangat dan tak laa bosan sangat.
yang penting,dalam panggung jangan dok menggatal.slumber katak je ada satu couple ni kiss kat seat belakang time aku jengah nak ke toilet. tak jadi sehh aku nak pergi toilet sebab mereka -.-"
pergi panggung,nak tengok wayang lah der.janganlah buat wayang lain pula.
Posted by hanny nadia at 7:51 PM 4 kena tembak Links to this post



